tm

tm

Demi memastikan perkhidmatan lancar, Warga TM Sabah mendaki ke Stesen TM Kambarangan, Gunung Kinabalu

Demi memastikan perkhidmatan lancar, Warga TM Sabah mendaki ke Stesen TM Kambarangan, Gunung Kinabalu

 

Demi pastikan perkhidmatan yang lancar, Warga TM Sabah mendaki ke Stesen TM Kambarangan, Gunung Kinabalu

 

"Pengalaman pendakian semasa berpuasa amatlah mencabar fizikal dan mental kami. Namun demi amanah dan bagi memastikan perkhidmatan yang lancar untuk pelanggan semua kekal berhubung, kami tetap lakukan dengan penuh tangungjawab dan  efisien”.

- Unsung Hero TM Sabah

Baru-baru ini, TM Sabah telah menerima laporan kecemasan untuk penyelenggaraan stesen NOD di Stesen TM Kambarangan yang terletak di Taman Kinabalu, Gunung Kinabalu, Sabah. Seramai 4 orang anggota iaitu Elvis Gandarid, Azrulazimi Amirhan, Abdul Rahim Asbah dan Sarikal Awg Zakaria telah mendaki ke stesen TM Kambarangan sejauh 2km dari  kaki gunung bagi melakukan kerja-kerja penyelengaraan demi memastikan kelancaran perkhidmatan telekomunikasi kita kepada para pelanggan.  

Berbekalkan semangat berpasukan, amanah dan tanggunggjawab yang dipikul, mereka gagahi juga mendaki ke stesen tersebut meskipun dalam bulan Ramadan. Pendakian sejauh 2km begitu mencabar dengan keadaan jalan dan laluan yang berliku di samping cuaca sejuk. Mereka terpaksa bermalam di situ untuk menyelesaikan penyelengaraan tersebut sehingga keesokan harinya.

 Syabas kepada wira yang tidak didendang ini!

 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Demi memastikan perkhidmatan lancar, Warga TM Sabah mendaki ke Stesen TM Kambarangan, Gunung Kinabalu "

Post a Comment