tm

tm

Kolaborasi TM WHOLESALE dan DIGI bakal membawakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia

Kolaborasi TM WHOLESALE dan DIGI bakal membawakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia
Kolaborasi TM WHOLESALE dan DIGI bakal membawakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia

Menara KL dan Menara Alor Setar diserbu lebih 30,000 pengunjung!

 

Ribuan pengunjung telah melawat Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sepanjang 2 minggu pertama promosi “We Are Free” bagi merancakkan kembali industri pelancongan negara!

 

Sehingga 31 Julai, pengunjung dapat menikmati:

·         kemasukan PERCUMA ke Observation Deck

·         diskaun 50% ke Sky Deck

 

Promosi ini telah dilancarkan secara rasminya oleh  Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 4 Julai yang lalu di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.

 

Kolaborasi TM WHOLESALE dan DIGI bakal membawakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia, merapatkan jurang digital

 

Kolaborasi antara TM WHOLESALE dan DIGI bakal membawakan pengalaman digital terbaik kepada para pelanggan menerusi sambungan fiber yang berdaya tahan!

 

Di bawah perjanjian ini, TM memanfaatkan infrastruktur rangkaian fiber sedia ada bagi menyediakan Perkhidmatan Rangkaian HSBB Peringkat 3 (Layer 3 HSBB Network Service) kepada DIGI, membolehkan mereka meluaskan liputannya ke lebih banyak lokasi termasuk Sabah dan Sarawak. Ini akan merapatkan jurang digital negara.

 

TM sebagai penyedia infrastruktur telekomunikasi dan digital negara, sentiasa menyokong teguh perkongsian infrastruktur dan kolaborasi peringkat industri untuk memacu aspirasi Digital Malaysia.

 

Kolaborasi TM dengan DIGI menggambarkan komitmen bersama kami dalam memastikan sambungan yang menyeluruh, stabil dan sentiasa tersedia untuk rakyat Malaysia.”

-Amar Huzaimi Md Deris, Naib Presiden Eksekutif TM WHOLESALE.

 

 

 

 


 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kolaborasi TM WHOLESALE dan DIGI bakal membawakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia"

Post a Comment