tm

tm

Lawatan kerja sulung Menteri Komunikasi & Multimedia dan Pengerusi SKMM ke Kompleks TM Cyberjaya

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengadakan lawatan kerja sulung  ke Kompleks TM Cyberjaya yang menempatkan  Pusat Data Teras  Lembah Klang (KVDC) dan Pusat Operasi Rangkaian (NOC), nadi operasi rangkaian negara.  

Sesi interaksi ini lebih bermakna kerana ia bukan sahaja menandakan lawatan kerja yang julung kali ke premis TM oleh Menteri, tetapi juga untuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek  yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi SKMM.

Delegasi telah disambut oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh, Pengerusi TM, Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin, GCEO  serta barisan kepimpinan kanan TM.

Semasa kunjungan tersebut, TM telah memberi penerangan mengenai KVDC dan juga peranan kita dalam menyediakan sambungan yang lancar kepada seluruh rakyat Malaysia. Sesi taklimat tentang keseluruhan operasi dan peranan strategik TM dalam memenuhi keperluan komunikasi rakyat Malaysia di seluruh negara juga telah diadakan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lawatan kerja sulung Menteri Komunikasi & Multimedia dan Pengerusi SKMM ke Kompleks TM Cyberjaya"

Post a Comment