tm

tm

TM Online Service Closure / Penutupan Perkhidmatan TM Online

Selaras dengan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman ‘online’ pelanggan, kami akan menggantikan sistem bil TM Online dengan sistem transaksi ‘online’ yang lebih baik – MyTM.

TM Online (www.tmonline.com.my) merupakan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan untuk menyemak bil talian tetap dan bil jalur lebar secara ‘online’. Penutupan perkhidmatan TM Online didorong oleh keterbatasan teknologi perkhidmatan TM Online.

Dengan kemampuan penyemakan bil yang dipertingkatkan, pelanggan boleh menikmati transaksi ‘online’ dengan lebih mudah melalui laman sesawang korporat www.tm.com.my. Dengan ini, pengalaman pelanggan dapat dipertingkatkan ketika aktiviti pembayaran bil. Dengan pengenalan kepada sistem baru ini, perkhidmatan TM Online sedia ada akan ditutup dan fungsinya akan diganti dengan sistem yang baru.

Harap maklum bahawa semasa aktiviti pemindahan sistem, beberapa fungsi portal TM Online (www.tmonline.com.my) tidak akan dapat diakses dan kesan kepada pelanggan adalah seperti berikut:

Kesan kepada pelangggan
31 Julai 2012
1 September 2012
Penutupan pendaftaran TM Online
Pendaftaran pada sistem baru kini dibuka
Pelanggan baru
Pendaftaran baru ditutup
Pendaftaran baru boleh dibuat di https://mytm.tm.com.my  
Pelanggan MyTM yang mempunyai akaun TM Online
Tiada gangguan untuk menyemak dan membayar bil
Tiada gangguan untuk menyemak dan membayar bil
Pelanggan MyTM yang tidak mempunyai akaun TM Online
Pendaftaran baru ditutup
Pendaftaran baru boleh dibuat di https://mytm.tm.com.my  

Dengan peningkatan ini, pelanggan TM boleh menggunakan fungsi baru penyemakan dan pembayaran bil melalui https://mytm.tm.com.my bermula dari 1 September 2012.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TM Online Service Closure / Penutupan Perkhidmatan TM Online"

Post a Comment